KPJ Healthcare Semarakkan Sambutan Aidilfitri Besama Petugas Barisan Hadapan dan Pesakit
Ketika seluruh negara sedang bergembira menyambut perayaan Aidilfitri, KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Syarikat”) mengangkat semangat 'Care For Life' dengan meraikan barisan kakitangan yang berdedikasi, para pesakit dan kesemua petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban untuk berkhidmat tanpa kenal erti lelah, terutamanya mereka yang tidak dapat bersama keluarga untuk menyambut hari raya.