Lim diusir keluar, kata 'Umno gila'
Tokoh utama DAP Lim Kit Siang hari ini diarah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat sehingga tengah hari ini selepas menuturkan "Umno gila" dan "Umno gila kuasa".
Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald Kiandie mengambil keputusan mengejutkan itu setelah Lim (DAP-Ipoh Timur) enggan menarik balik tuduhan itu walaupun berkali-kali diarahkan berbuat demikian.
Lim sebaliknya bertegas menyatakan beliau tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat dan mendakwa beliau tidak menyakitkan hati sesiapa atau mana-mana kaum.
Beliau sebelumnya mempertikaikan tindakan tergesa-gesa meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Bekas ketua pembangkang itu ingin lebih masa diperuntukkan untuk membahaskan pindaan tersebut.

