Sultan S'gor dibenar keluar hospital
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Stanford University di Palo Alto, California, pada Isnin selepas menjalani pembedahan injap jantung di situ pada 2 Mei lepas.
Doktor peribadi baginda, Datuk Dr Anuar Masduki berkata, Sultan Sharafuddin akan menjalani rawatan pemulihan di bawah penyeliaan pakar pusat perubatan itu, demikian menurut kenyataan pembantu peribadi baginda, Kelvin Ong.
Baginda juga akan menjalani rawatan susulan oleh Dr Craig Miller yang telah menjalankan pembedahan itu, lapor Bernama.
Selain Dr Anuar, baginda turut diiringi ke California oleh adinda baginda, Tengku Ahmad Shah, Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan, Datuk Zakaria Abdul Rahman dan Ahli Dewan Diraja Selangor Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir selain Ong.

