Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Empat lagi pemimpin Hindraf tetap bertemu panel rayuan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di kem Kamunting Perak hari walaupun tokoh utamanya P Uthayakumar mengengkarinya.

M Manoharan, T Vasanthakumar, V Ganabatirau dan R Kenghadharan menghadiri sesi tersebut kerana pembebasan mereka bersyarat, manakala Uthayakumar enggan menerima syarat-syarat tersebut sewaktu dibebaskan 13 Mei lalu.

V Ganabatirau dan Kenghadharan dibebaskan 4 April lalu pada hari Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri, sementara dua lagi dibebaskan bersama Uthayakumar.

Manoharan, juga ADUN Kota Alam Shah, menerima notis tersebut bulan lalu.

S Vickneswary, isteri Vasanthakumar, memberitahu suaminya menerima notis pertemuan hari ini sehari selepas dibebaskan.

"Ia prosedur biasa, mereka tidak bebas sepenuhnya walaupun dilepaskan (dari kem tahanan) kerana ia bersyarat," katanya.

Baca berita penuh

ADS