Majlis Peguam menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menuntut supaya diadakan siasatan awam berhubung penahanan lima peguam pada 7 Mei lalu.

bar council suhakam memo 5 detained lawyers incident 200509 ragunath Pengerusinya, Ragunath Kesavan berkata, badan hak asasi manusia itu juga perlu menyiasat tindak tanduk sesetengah anggota polis yang terbabit dalam insiden tersebut.

"Kami mahu Suhakam mengadakan segera siasatan awam terhadap insiden tersebut serta tindak tanduk sesetengah anggota polis, terutama (ketua polis Brickfields) ACP Wan Abdul Bari and DSP Jude Pereira dari balai polis Brickfields yang terbabit secara langsung dalam penangkapan, penahanan dan soalsiasat terhadap peguam terbabit," katanya.

Ragunath berkata, tidak ada sebab mengapa peguam-peguam terbabit perlu ditahan semalaman kerana tiada tindakan lanjut diambil selain daripada merakam kenyataan mereka.

“Tiada penyiasatan dijalankan yang memerlukan mereka ditahan (semalaman)," katanya.

Beliau juga berkata, tindak tanduk polis itu adalah untuk "menghukum dan memalukan" lima peguam terbabit dan untuk tidak menggalakkan peguam hadir di balik polis untuk membantu orang yang ditahan.

bar council lawyers protest at jalan duta court detained 5 lawyer at brickfields police station 080509 03 Lima peguam berkenaan ditangkap kerana didakwa menyertai perhimpunan haram selepas cuba memberi bantuan guaman kepada sekumpulan individu yang ditahan sewaktu nyalaan lilin menyokong aktivis Bersih, Wong Chin Huat, yang ditahan di bawah Akta Hasutan. Kesemua mereka dibebaskan selepas ditahan semalaman.

Memorandum tersebut diterima oleh Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Chiam Heng Keng bagi pihak pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.

Chiam berkata, ia bukan memorandum pertama yang dikemukakan kepada Suhakam berhubung insiden tersebut.

Sebelum ini, katanya, ERA Consumer juga telah mengemukakan memorandum berhubung penahanan lima peguam berkenaan.

Katanya, Suhakam sudahpun menjalankan siasatan awal di balai polis Brickfields dan isu itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat suruhanjaya itu bulan depan.

Baca berita penuh