Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) telah diberi lampu hijau untuk mengeluarkan surat jaminan perlindungan undang-undang kepada firma audit antarabangsa, PricewaterhouseCoopers (PwC) daripada disaman berhubung laporannya mengenai kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pengerusi PKA, Datuk Lee Hwa Beng berkata PKA telah mendapatkan menasihat dari firma guaman Skrine & Co bahawa surat jaminan perlindungan undang-undang itu boleh dikeluarkan kepada PwC

lee hwa beng pkfz pc 210509 01 "Kita kini boleh mengeluarkan surat jaminan tersebut kepada PwC pada bila-bila masa," kata Lee.

Tetapi, beliau menegaskan PKA juga dimaklumkan oleh peguam bahawa surat jaminan perlindungan undang-undang itu tidak boleh melindungi sepenuhnya firma audit tersebut.

Menurut Lee, PKA masih boleh menyaman balik PwC sekiranya laporan auditnya tmengandungi maklumat palsu yang mengakibatkan lembaga itu disaman oleh pihak ketiga yang dikaitkan dengan skandal membabitkan berbilion ringgit itu.,

Lampu hijau tersebut telah menyelesaikan halangan utama bagi PKA mengumumkan laporan audit PKFZ kepada awam.

Bagaimanapun, lembaga tersebut masih belum memutuskan sama ada akan mengeluarkan surat jaminan perlindungan undang-undang kerana isu tersebut sedang dibincangkan oleh kabinet.

Baca berita penuh