Kenderaan yang memasang logo parti dan logo calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, kelihatan mengangkut pengundi ke tempat pengundian.

Manakala penyokong calon bebas, Nai Khan Ari kelihatan menggunakan motosikal dan kereta yang ditampal logonya untuk membawa pengundi ke Sekolah Jit Sin untuk mengundi.

car with pkr poster 310509 SPR melarang semua kenderaan yang membawa pengundi, menggunakan logo parti atau calon yang bertanding.

Bagaimanapun, menurut sumber PKR, mereka akan terus memasang logo parti itu pada kenderaan terbabit kerana SPR tidak menyediakan sebarang pelekat untuk tujuan tersebut.

Sehingga ini, katanya lagi, pihak SPR tidak mengambil tindakan tindakan terhadap kenderaan-kenderaan terbabit.'

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

penanti by election 310509 nai khan ari car.jpg BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Terdapat seramai 15,384 pengundi di DUN Penandi di mana 72.6 peratus daripadanya adalah Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.7 peratus kaum lain.