Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Anwar didengar 22 Jun
Diterbitkan:  Jun 12, 2009 3:48 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Permohonan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen berkaitan kes liwatnya ditetapkan perbicaraan pada 22 Jun.

Peguamnya Sankara Nair berkata beliau diberikan notis oleh mahkamah itu mengenai perkara berkenaan yang akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, lapor Bernama .

Rabu lepas, Anwar memfailkan satu notis usul meminta mahkamah memaksa pendakwaan menyediakan kepadanya dokumen-dokumen itu sebelum perbicaraan mengenai kes liwatnya didengar bermula pada 1 hingga 24 Julai.

Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau memohon mahkamah melepas dan membebaskan beliau dengan

segera daripada pertuduhan liwat atau menggantung prosiding mengenai kesnya itu jika pendakwaan tidak mematuhi perintah mahkamah itu untuk membekalkannnya dengan dokumen berkenaan.

Mantan timbalan perdana menteri itu menghadapi pertuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jala Setiakasih, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun lepas.

ADS