kemaskini 5.52pm Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat dua pemimpin DAP, termasuk seorang exco kerajaan Selangor, bagi siasatan berhubung salah guna wang peruntukan DUN.

NONE Lima pegawai SPRM berada di bilik Ean Yong Hian Wah, exco pembangunan kampung baru dan kilang haram, selama 15 minit di bangunan sekretariat kerajaan Selangor dalam serbuan jam 3.30 petang ini.

Sebelumnya sepasukan tiga pegawai SPRM menyerbu bilik gerakannya di Seri Kembangan mulai jam 12.30 tengah hari tadi.

Seorang lagi ADUN parti itu Lau Weng Sang turut menjadi sasaran serbuan SPRM.

Baca berita penuh