Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam hari ini mengecam jawatankuasa pusat (CWC) parti itu kerana merujuknya kepada jawatankuasa disiplin, yang disifatkannya sebagai satu "kempen kotor" terhadapnya.

Beliau mendakwa, ia merupakan satu taktik yang dirancang untuk menakut-nakutkan perwakilan supaya tidak mengundinya.

Mengulas pengumuman presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengenai perkara itu semalam, Subramaniam percaya ianya dilakukan kerana mendakwa presiden itu sedang berkempen bagi pihak seorang lagi calon, Datuk G Palanivel".

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara, beliau mendakwa, Samy Vellu melancarkan kempen kotor terhadapnya setiap hari.

Katanya, seandainya tindakan tidak diambil terhadapnya sekalipun, ia sudah cukup untuk menakutkan perwakilan.

Semalam, CWC memutuskan untuk merujuk Subramaniam kepada jawatankuasa disiplin ekoran satu kenyataan yangdibuatnya dalam akhbar berhubung pemilihan parti itu pada 1977.

[Baca berita penuh ]

ADS