Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jenazah Noordin Mohd Top diterbang ke KL
Diterbitkan:  Oct 2, 2009 6:12 PM
Dikemaskini: 11:53 AM

Jenazah Noordin Mohd Top telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan pesawat Malaysia Airlines MH 710 pada pukul 11.10 waktu tempatan dengan diiringi tiga anggota keluarganya, yang sebelum itu sempat meminta maaf kepada rakyat Indonesia yang pernah terkena kesan tindakan penjenayah itu.

Jenazah yang diiringi isteri pertama Noordin, Rahmah Rusdi dan abang Noordin, Yahya, serta adik iparnya Firdaus Rusdi dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 1 tengah hari.

Yahya berkata setibanya di Kuala Lumpur, jenazah itu akan dibawa dengan kereta ke kampungnya, Kampung Melayu di Pontian untuk dikebumikan pada pukul 6 petang ini, lapor Bernama.

Noordin, yang selama sembilan tahun menjadi buruan utama polis Indonesia kerana dipercaya menjadi dalang beberapa pengeboman termasuk yang terbaru di Hotel Ritz Carlton dan JW Marriott di sini, ditembak mati oleh polis di sebuah rumah di Solo, Jawa Tengah pada 17 September.

Tiga rakan pengganasnya turut ditembak mati di dalam rumah itu, di mana polis menemui 200kg bahan letupan, senjata api dan pelbagai dokumen berkaitan kegiatan mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS