Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Wanita Umno hari ini menuntut enakmen Islam dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan serius kerana banyak pelaksanaan sedia ada memberi kesan yang negatif pada wanita.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, kesan negatif itu timbul apabila sesuatu hukuman yang dikeluarkan mahkamah syariah tidak berjaya dijalankan.

NONE Berucap di persidangan tahunan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini, Shahrizat berkata, pengendalian beberapa kes penceraian, tuntutan nafkah penjagaan anak masih banyak yang tertangguh dalam tempoh lama.

Tambahnya, Wanita Umno mendapati kes syariah terutama bilangan kes mal yang melibatkan keluarga, masih merekodkan jumlah prosiding yang tinggi, dan ini menunjukkan wujud masalah dalam pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.

Fenomena ini dapat dilihat dengan kes mal yang masih tertunggak di Mahkamah Syariah - dari 2005 hingga 2008 - sebanyak 41 peratus atau 5,350 kes daripada 12,839 kes tuntutan fasakh masih tertunggak.

Katanya lagi, manakala 41.3 peratus atau 16,308 kes daripada 39,474 kes tuntutan penceraian juga tertunggak dan tuntutan pengesahan cerai taklik pula sebanyak 54.1 peratus atau 7,734 kes daripada 13,557 kes tertunggak.

"Bagi menjamin hak wanita dilindungi sepenuhnya, pihak-pihak berwajib terutamanya pihak mahkamah hendaklah lebih serius dan prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan kaum wanita dalam melaksana dan menguatkuasakan undang-undang syariah," katanya.

NONE Shahrizat juga mencadangkan supaya waran tangkap dikeluarkan kepada mereka yang engkar pada perintah syariah dan dilakukan penyeragaman enakmen keluarga Islam di negeri-negeri.

Beliau juga berkata, dalam bidang politik, perwakilan wanita di

peringkat pembuat keputusan di semua tahap masih lagi rendah kerana, berdasarkan stastik, wanita Malaysia masih jauh daripada tahap 30 peratus.

Dalam Umno sendiri, tambahnya, bilangan wanita sebagai anggota termasuk daripada pergerakan Puteri adalah 1.68 juta orang (48.3 peratus), namun bilangan wanita yang menduduki Majlis Tertinggi hanya enam orang atau 11.8 peratus.

Shahrizat berkata perjuangan ke arah penyertaan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam parti adalah penting kerana kewujudan "siling kaca" menyebabkan wanita yang berpotensi dan berkelayakan tidak dapat memegang jawatan di peringkat pembuat keputusan.

"Fenomena ini disebabkan oleh tanggapan bahawa hanya lelaki sahaja yang layak memegang jawatan di peringkat tertinggi dan adalah mustahil bagi wanita untuk berada di peringkat tersebut," katanya.

ADS