Seramai 2,541 anggota perwakilan Umno bersidang dalam perhimpunan agung Umno 2009 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan

Dunia Putra (PWTC) hari ini, dengan tumpuan utama kepada ucapan dasar presidennya Datuk Seri Najib Abdul Razak pada majlis perasmiannya.

Perkara kedua yang menjadi tumpuan ialah pindaan perlembagaan parti yang merupakan sebahagian daripada usaha "mentransformasikan" Umno oleh Najib.

Pindaan ini, yang akan dibuat pada perhimpunan agung khas selepas majlis perasmian perhimpunan agung itu, akan membabitkan tujuh usul pindaan kepada perlembagaan parti itu termasuk cadangan menambah bilangan perwakilan pada pemilihan pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian kepada 146,500 orang daripada 2,510 pada masa ini.

Sebelum merasmikan perhimpunan agung itu, Najib menghadiri majlis menaikkan bendera Umno dan memeriksa perbarisan oleh para anggota sayap-sayap Umno iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Plaza Merdeka. BERNAMA