Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DBP anjur festival sastera Ahad ini
Diterbitkan:  Oct 29, 2009 12:42 PM
Dikemaskini: 4:46 AM

Sempena sambutan Bulan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Festival Bahasa dan Sastera pada 1 hingga 3 Nov ini.

Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata selain daripada memperkasakan bahasa kebangsaan, ia bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar bukan bumiputera.

"Sehubungan itu dalam festival itu nanti pertandingan koir, berpuisi, bercerita dan pidato akan diadakan di kalangan pelajar-pelajar bukan Melayu daripada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

"Kami akan turut mengambil kesempatan melatih guru-guru daripada sekolah jenis kebangsaan cara yang betul untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam pengajaran mereka," katanya pada sidang media bagi mempromosikan festival itu di Kuala Lumpur hari ini.

Kemuncak festival pada 3 Nov akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong. BERNAMA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS