Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tengku Fakhry saman pemangku Sultan K'tan
Diterbitkan:  Dec 16, 2009 1:50 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Ada sesuatu yang bergolak di istana Kelantan apabila Tengku Muhammad Fakhry Petra mencabar kesahan tindakan kekandanya Tengku Muhammad Faris Petra melucutkannya daripada majlis perajaan negeri.

manohara odelia pinot tengku fakhry kelantan royal indonesia model controversy 210409 03 Tengku Muhammad Faris Petra, sebagai tengku mahkota Kelantan, kini dilantik Pemangku Raja Kelantan susulan kegeringan yang dihadapi Sultan dan dirawat di Singapura.

Tindakan anakanda ketiga Sultan Kelantan itu susulan surat pelucutan tersebut yang diterima putera itu daripada setiausaha kerajaan Kelantan, 16 September lalu.

Tengku Muhammad Fakhry (foto) , yang menang dalam kesnya terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot baru-baru ini, menamakan kekandanya itu, sebagai pemangku raja, sebagai responden.

Turut dinamakan dalam tindakan undang-undang itu ketua setiausaha negeri, mufti negeri, kerajaan Kelantan dan empat lagi kerabat diraja dalam samannya.

Setiausaha kerajaan negeri juga merupakan setiausaha majlis tersebut.

Tengku Fakhry yang juga Tengku Temenggong Kelantan, mendakwa pelantikannya dalam majlis tersebut adalah sah kerana ia dibuat oleh bapanya.

[Baca berita penuh]

ADS