Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda Umno saran pertemuan selesai isu 'Allah'
Diterbitkan:  Jan 5, 2010 7:33 PM
Dikemaskini: 11:44 AM

Pemuda Umno menyarankan agar satu pertemuan diadakan antara wakil Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak Gereja Katolik yang menerbitkan majalah The Herald - ekoran kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah'.

new america one malaysia khairy jamaluddin tony puah forum 040609 07 Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin menulis dalam blognya bahawa dialog hasil pertemuan itu bakal menjadi titik pertemuan bagi kedua-dua pihak di samping menjadi medium menyampaikan kekhuatiran umat Islam di Malaysia kepada pihak penerbit, lantas mencari jalan penyelesaian kepada kemelut itu.

"Di samping menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan, Pemuda Umno juga percaya bahawa isu sensitif ini perlu

kepada satu penyelesaian yang lebih menyeluruh supaya prinsip saling menghormati dapat dipelihara berdasarkan dialog antara pihak yang terlibat.

"Pemuda Umno percaya ini adalah sejajar dengan gagasan 1Malaysia yang memerlukan pemahaman merentas batasan kaum dan agama.

"Harapan Pemuda Umno adalah dialog yang dicadangkan ini akan dapat memastikan pandangan kedua-dua belah pihak dapat disampaikan tanpa perlu memanjangkan perdebatan isu ini di dalam akhbar, sekaligus mengurangkan ketegangan hubungan antara kaum dan agama.

"Keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia kekal sebagai satu perkara yang teramat penting untuk kehidupan seluruh rakyat di negara ini," tulis Khairy lagi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan  "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

The Herald yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah penggunaan kalimah "Allah" dalam seksyen Bahasa Malaysia, sebagai terjemahan kepada perkataan God.

Perkataan "Allah" digunakan secara meluas di kalangan suku kaum beragama Kristian di Sabah dan Sarawak, yang sebahagian besarnya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Sebelum ini, KDN melarang penggunaan perkataan 'Allah' oleh bukan Islam bagi mengelak wujud salahfaham dan kekeliruan di kalangan orang Islam. 

ADS