Malaysiakini BERITA

Zunar tuntut KDN pulangkan bukunya

Jimadie Shah Othman  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Kartunis kontroversi Zulkiflee Anwar Haque menuntut Kementerian dalam Negeri (KDN) supaya  memulangkan semua buku karya dan terbitannya yang dirampas sebelum ini.

gedung kartun 091209 zunar "Saya percaya tindakan (rampasan) itu benar-benar bermotifkan politik. Saya pasti tiada tindakan dikenakan sekiranya kandungannya menyebelahi parti pemerintah," katanya yang lebih popular dengan nama Zunar.

"Saya dengan ini mengutuk tindakan KDN dan polis, sekaligus mendesak mereka memulangkan naskhah yang dirampas itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, sebanyak 55 naskhah 1FunnyMalaysia dirampas di pelbagai kedai buku terkenal di Pulau Pinang, Melaka dan Seremban. Rampasan terbaru ialah pada 5 Februari.

zunar new kartoon book 091209 super siva Ogos tahun lalu, KDN turut merampas plat reka bentuk cetakannya dan 408 naskhah majalah kelolaan Zunar Gedung Kartun di pejabatnya di Brickfields, Kuala Lumpur.

1FunnyMalaysia merupakan rangkuman kartun satira politik Zunar di Malaysiakini manakala Gedung Kartun, antaranya menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Kedua-dua mereka dikaitkan majalah itu dengan kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibu dan amalan perbomohan.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Zunar berikrar akan terus mendedahkan 'salah laku' pihak berkuasa kerana menurutnya, kartunis bertanggungjawab "mengutarakan isu-isu yang selari dengan aspirasi rakyat."

"Telah menjadi falsa zunar new kartoon book 091209 01 fah dalam dunia kartun utuk menyampaikan kebenaran dan menyalurkan maklumat yang tepat dalam karya.

"Adakah salah menceritakan kebenaran atau pandangan melalui kartun?" soalnya.

Zunar yang melepaskan jawatannya sebagai ketua pengarang akhbar organ PKR Suara Keadilan tahun lalu kembali, kepada kerjaya asalnya sebagai kartunis.

Setakat ini beliau menerbitkan tiga komik berkonsepkan satira politik. Selain Gedung Karun, beliau juga menerbitkan Perak Darul Kartun dan Isu dalam Kartun yang menyentuh perbagai pergolakan politik semasa.