Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes penyiasat persendirian, P Balasubramaniam masih berterusan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) .

Katanya NONE SPRM bersedia untuk menemui Balasubramaniam bagi merekodkan pernyataannya di mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai oleh penyiasat persendirian itu.

Lim dalam soalannya bertanya sama ada SPRM sanggup pergi ke England untuk mengambil keterangan dan merakam sesi soal siasat Balasubramiam di hadapan peguamnya.

Pada sidang media 3 Julai 2008, penyiasat persendirian itu

mengedar satu akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tetapi keesokannya menarik balik akuan bersumpah itu dan mengemukakan satu akuan bersumpah lain.

Dia kemudian menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarga.

Balasubramaniam pernah mendakwa keluarga perdana menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan  bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara. 

Peguamnya, Americk Singh Sidhu kemudiannya meminta supaya suruhanjaya membayar kos penginapan, makanan dan perjalanan Balasubramaniam jika ia bersetuju mengambil keterangannya di London atau Singapura.

 

ADS