Penduduk halang TNB dirikan menara

       

Lebih 200 orang sedang berhimpun di jalan masuk menuju Kampung Sg Terentang, Rawang dalam usaha terakhir mereka menghalang Tenaga Nasional Bhd (TNB) daripada menyambung semula kerja-kerja pembinaan dalam projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di kampung mereka.

rawang anti high tension cable protest 170310 04 Penduduk dilapor mengepung semua tiga jalan utama ke kampung itu sejak jam 7.30 pagi sambil menyanyikan lagu-lagu untuk menaikkan semangat mereka.

Mereka juga membawa sepanduk yang tertera tulisan “TNB zalim” dan TNB keluar dari sini”.

Turut berada di tapak bantahan itu adalah ahli dewan undangan negeri Rawang, Gan Pai Nei, ahli parlimen Selayang William Leong dan pengarah strategi PKR, Tian Chua.

Sebuah lori TNB juga dilihat berada di kawasan itu tetapi tiada kehadiran polis yang dikesan.

rawang anti high tension cable protest 170310 01 Menurut Leong, wakil penduduk kampung baru itu mengadakan mesyuarat dengan pihak TNB petang semalam tetapi ia berakhir dalam keadaan buntu.

Penasihat penduduk kampung, Tan Ah Cai yang berucap pagi tadi berkata TNB mungkin memilih kaedah pembinaan menara yang lain yang didakwa lebih selamat dan digunakan secara meluas di Jepun.

Kaedah menara ‘tiang tinggi’ itu juga dikatakan digunakan sekitar Istana Negara di Kuala Lumpur.

Isnin lalu, Bernama melaporkan bahawa pasukan kejuruteraan TNB akan memasuki kampung itu bagi memulakan projek yang terbelangkai sejak lima tahun lalu.

rawang anti high tension cable protest 170310 13 Penduduk sebelum ini melahirkan kebimbangan mereka kerana khuatir rumah mereka akan dirobohkan bagi pembinaan menara berkenaan yang sekali gus juga menyebabkan kampung itu terbahagi dua.

Mereka membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu tetapi mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu.

Mahkamah ju rawang anti high tension cable protest 170310 12 ga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat yang telah mereka melaksanakan.

Bagaimanapun bantahan berkenaan berakhir pada tengah hari selepas penduduk mendapat jaminan daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin bahawa tidak ada kerja-kerja merobohkan akan diadakan sehingga mesyuarat antara TNB dan wakil penduduk diadakan Jumaat ini.

Apabila siap kelak, projek yang melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.

Projek CAR akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang. 

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda