Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pertandingan merebut jawatan presiden MCA hujung bulan ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Dengan sokongan lebih 1,000 penyokong yang hadir di sebuah hotel di ibunegara hari ini, tokoh berusia 61 tahun itu, akan berdepan dengan penyandangnya Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden, Tan Sri Ong Ka Ting.

chua soi lek 050110 Ketika mengumumkan keputusannya itu, Dr Chua berkata, beliau mempunyai strateginya sendiri untuk menyatukan parti dan MCA kembali dihormati masyarakat.

Sambil membidas Ka Ting, Dr Chua berkata prestasi lemah parti dalam pilihan raya umum lalu adalah akibat kesilapan Ka Ting memilih calon.

"Inilah yang diharap dapat dipulihkan semula apabila saya menang dan menjadikan MCA sebuah parti yang kuat dalam BN, untuk menyediakan dan membantu gabungan itu menang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Walaupun MCA mengalami kekalahan pada 2008, kata Dr Chua, bagaimanapun struktur dan ketaatan ahli-ahli parti kekal kuat dan padu.

Beliau juga menyuarakan rasa optimisnya terhadap peluangnya dipilih sebagai presiden parti, dan berharap para perwakilan memberinya peluang.

Dr Chua berkata sokongan akar umbi yang kuat terhadapnya akan mencerahkan peluangnya dalam pemilihan minggu depan.

Beliau juga berikrar akan bekerjasama dengan mereka yang menang dalam pemilihan parti itu pada 28 Mac ini bagi menguat dan menjamin kestabilan MCA.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS