Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar sedia pertahan dakwaan 'One Israel'
Diterbitkan:  Mar 22, 2010 8:09 PM
Dikemaskini: Mar 23, 2010 1:26 AM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia  mempertahankan dakwaannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan slogan 'One Israel'.

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau juga akan mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai peranan Apco Worldwide - yang didakwanya menghasilkan 1Malaysia dan One Israel - dengan kerajaan pusat.

Katanya, dalam satu jawapan yang diberikan kepada Dewan Rakyat, ia menyatakan bahawa perkhidmatan Apco tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi.

Anwar merujuk kepada jawapan kerajaan terhadap soalan ahli parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani minggu lalu, yang turut mendakwa perkhidmatan firma itu turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.

Menurutnya, beliau mahu kerajaan mendedahkan peranan sebenar Apco, nilai kontrak dan syor-syor firma berkenaan kepada semua kementerian kerajaan.

[Baca berita penuh]

ADS