Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tidak semua Orang Asli berhadapan dengan masalah tanah, kata ahli parlimen Tanah Merah, Amran Abd Ghani.

Menurut beliau, Orang Asli di Kelantan contohnya lebih terancam dengan aktiviti pembalakan yang menjejaskan sumber ekonomi masyarakat itu.

Katanya, beliau orang asli protest in putrajaya 170310 bagaimanapun tidak hairan sekiranya masyarakat Orang Asli di negeri itu turut mengadakan bantahan seperti yang diadakan sekumpulan 2,000 orang sebelum ini.

"Bila masyarakat itu tengok orang berarak ke Putrajaya, mereka juga akan berani untuk buat tuntutan," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Katanya lagi, tuntutan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli itu bagaimanapun amat berkait rapat dengan persetujuan dengan kerajaan-kerajaan negeri masing-masing.

"Kalau mereka tengok ada negeri yang beri tanah (kepada masyarakat Orang Asli), mereka akan minta juga," katanya lagi.

Jelasnya lagi, fungsi yang dimainkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) juga tidak berkesan di negeri itu.

NONE "Pembalak ada hubungan yang lebih baik denga Orang Asli, berbanding JHEOA.

"Mereka perlu buat begitu, jika tidak Orang Asli akan sekat laluan ke tempat pembalakan," katanya lagi.

Jelasnya, aktiviti pembalakan itu juga memberi kesan besar kepada sumber kehidupan Orang Asli.

"Pembalak ini bukan kira sangat, kalau dia nampak pohon kayu yang batang besar, dalam kawasan rizab Orang Asli pun dia ambil.

"Kemudian, kawasan bekas pembalakan ini yang jadikan sungai-sungai semua keruh, mereka tidak boleh tangkap ikan dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, fungsi JHEOA lebih kepada penyediaan prasarana tetapi tidak ada usaha untuk 'mengisi' bangunan berkenaan.

"Contohnya boleh tengok di sebuah sekolah yang dibina di Pos Belum di Gua Musang. Ia dilengkapi dengan asrama, tapi Orang Asli tidak pergi ke situ, mereka pergi belajar di luar," katanya lagi.

orang asli anti logging protest in pahang 170406 group Jelasnya, bangunan yang dibina dengan nilai 'berjuta ringgit' itu akhirnya menjadi 'gajah putih' apabila kira-kira 140 orang pelajar terpaksa belajar di tiga kampung berasingan.

"Tujuan mereka baik untuk bantu Orang Asli tetapi tidak ada follow-up, tidak ada usaha untuk mengisi Orang Asli di sekolah itu.

"Nampaknya ada sikap (jabatan) untuk dapatkan projek sahaja," katanya lagi.

Katanya lagi, jabatan itu juga membina dua Projek Perumahan Rakyat Termiskin di dua kawasan penempatan Orang Asli, dikenali dengan nama Pulat dan Tohai.

"Tapi tidak dihantar pegawai untuk memberi tunjuk ajar, bagaimana orang tinggal di perumahan," katanya.

ADS