Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kebakaran: KWSP timbang pengeluaran akaun dua
Diterbitkan:  Apr 7, 2010 2:04 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mempertimbangkan permohonan ahlinya untuk pengeluaran wang dari akaun dua, ekoran kemusnahan rumah yang teruk akibat kebakaran, kata Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

kwsp epf logo Menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata walaupun kebakaran tidak termasuk dalam istilah bencana, namun untuk membolehkan pengeluaran wang simpanan dari akaun dua KWSP, pemohon mestilah memperolehi pengesahan daripada pihak berkuasa.

    

"KWSP boleh mempertimbangkan pengeluaran pembelian atau pembinaan rumah kedua daripada ahli yang rumahnya terbabit dalam kebakaran tertakluk kepada pengesahan pihak berkuasa.

NONE "Permohonan sedemikian pernah diluluskan KWSP sebelum ini," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu).

Tiong ingin tahu sama ada KWSP berhasrat untuk mengkaji semula perkataan bencana yang hanya melibatkan kejadian bencana alam seperti ribut, banjir, gempa bumi dan lain-lain yang mana kebakaran tidak diistilahkan sebagai bencana.

    

Katanya selain memerlukan pengesahan dari pihak berkuasa seperti bomba dan polis, pengeluaran untuk pembinaan semula rumah yang musnah kerana terbakar juga bergantung kepada jumlah simpanan pemohon di dalam akaun dua tersebut.

"Pengeluaran yang boleh dibuat akibat kemusnahan rumah ini adalah berdasarkan nilai rumah yang perlu dibangunkan semula sekiranya sudah terbakar.

    

"Ia juga tertakluk kepada pengesahan pihak berkuasa bermaksud berapa nilainya dan kerosakan mesti menyeluruh sehingga rumah itu tak boleh guna..hancur. Jikalau dapur sahaja tak boleh," katanya.

Beliau bagaimanapun meminta KWSP supaya mempercepatkan proses permohonan pengeluaran wang dari akaun dua oleh mereka yang mengalami bencana.

    

- Bernama

ADS