Wong lepas jawatan Yang Dipertua Dewan Negara
Bekas setiausaha agung MCA, Datuk Wong Foon Meng mengumumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara.
Ka
tanya, pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara baru akan dibuat pada hari pertama sidang berkenaan, 26 April ini.
“Tempoh khidmat saya sebagai Yang Dipertua berakhir hari ini dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membawakan usul pada hari pertama sidang untuk membuat pelantikan baru,'' katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Pameran Kesedaran HIV/Aids di Bangunan Parlimen hari ini.
Minggu lalu, Datuk Kong Cho Ha dilantik menggantikan Wong sebagai setiausaha agung MCA yang baru.
Ia ekoran keputusan pemilihan pucuk pimpinan MCA baru-baru ini yang menyaksikan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden.
Menurut Wong, nama penggantinya akan diumumkan secara rasmi pada sidang itu diikuti dengan majlis mengangkat sumpah jawatan.
"Tempoh khidmat saya sebagai Yang Dipertua berakhir hari ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa usul pada hari pertama sidang untuk membuat pelantikan baru," katanya.
Wong, 56, yang berasal dari Kuala Terengganu dilantik Yang Dipertua Dewan Negara pada 7 Julai lepas bagi menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.
Bapa kepada dua orang anak itu juga pernah menjadi ADUN Terengganu kawasan bandar dari 1995 hingga 1999.
Wong berkata beliau berpuas hati ketika mengendalikan persidangan kerana kebanyakan senator telah membuat persediaan sebelum berbahas dengan fakta dan perangkaan yang mencukupi.
"Mereka banyak memberi cadangan yang bernas dan ada yang telah diambil perhatian oleh kerajaan," katanya.
Wong berkata beliau akan memberi tumpuan kepada kerja kebajikan serta membantu parti dan kerajaan BN dalam melaksanakan Pelan Transformasi Kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan telah mempunyai nama individu yang akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara baru.
"Tunggulah dia angkat sumpah. Nanti taulah semua," katanya.
- Bernama

