Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mbim cipta satu juta istilah bahasa Melayu
Diterbitkan:  Apr 12, 2010 1:56 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (Mbim) telah menghasilkan kira-kira satu juta istilah Bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam bidang pendidikan sejak ia ditubuhkan pada 1972, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Dr Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi berkata majlis bahasa tersebut telah berhasil mengeluarkan pelbagai pedoman, peraturan ejaan dan istilah, daftar istilah dan kamus istilah.

"Jumlah istilah yang banyak itu sudah tentunya akan memperkaya khazanah kosa kata dalam Bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam bidang pendidikan.

"Kegiatan majlis bahasa ini digerakkan melalui program peristilahan, penyelidikan bahasa, penerbitan dan pemupukan ilmu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) yang ingin tahu perkembangan perbincangan yang telah diadakan dengan Indonesia dan Brunei untuk terus memantapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di rantau ini.

Katanya Malaysia, Indonesia dan Brunei terus berusaha memantapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di rantau ini.

Mohd Puad berkata majlis bahasa itu juga berjaya menghasilkan kira-kira 46,000 istilah bagi subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS