Mccbchst: Layani kami dengan hormat

   

Majlis Perundingan Agama Budha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Mccbchst) membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merujuk Jawatankuasa Khas Perundingan Antara Agama yang ditubuhkan sebagai ‘tidak penting’.

interfaith Bercakap kepada pemberita di  Sungai Buaya, Hulu Selangor, semalam, Muhyiddin berkata panel itu dianggotai oleh mereka yang tidak akan mengancam kedudukan Islam kerana ia bukannya satu suruhanjaya.

"Jawatankuasa ini dibuat dalam bentuk pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, mungkin ada hasil-hasil perbincangan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk tambah baik perhubungan antara kaum yang boleh kita ambil.

muhyiddin yassin pc 170310 "Tetapi soal-soal tentang kedudukan agama Islam itu tidak akan disentuh, kedudukan dan martabatnya tidak akan disentuh, kita kena hormat antara agama dan wujudkan semangat kerjasama," katanya lagi.

Menurut kenytaan media yang dikeluarkan oleh Mccbchst, malam semalam adalah sukar bagi Jawatankuasa Khas Perundingan Agama itu meneruskan tugas mereka bagi memupuk keharmonian dan  kefahaman antara agama jika kenyataan Muhyiddin itu tidak dijelaskan.

Pandang rendah

Menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Dr Thomas Philips selaku presiden majlis itu, adalah amat dikesalkan kerana kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang menteri kabinet, lebih-lebih lagidaripada timbalan perdana menteri yang memandang rendah terhadap pemimpin yang berlainan agama di negara ini.

Katanya, perwakilan pelbagai agama dalam Mccbchst komited bagi mengadakan dialog ikhlas dan berterus terang dengan agama lain di meja rundingan secara saksama.

Mccbchst juga berharap menteri yang bertanggungjawab terhadap integrasi dan perpaduan nasional akan menjelaskan perkara berkenaan sebelum jawatankuasa khas itu boleh meneruskan tugasnya dengan kredibel.

harussani mufti perak Semalam, Jawatankuasa Fatwa Perak yang bersidang dari Selasa hingga Khamis lalu membantah penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama yang diluluskan jemaah menteri.

Pengerusinya yang juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbincangan mengenai agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam.

Harussani berkata, ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi akan wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

Jawatankuasa yang ditubuhkan pada Februari lalu itu diketuai bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak.

NONE Ahad lalu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) juga mempersoalkan pembentukan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama dan menentang penubuhan itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga mempertikaikan kebijaksanaan meletakkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon menyelia jawatankuasa itu selaras dengan tugasnya yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pepaduan dan Integrasi Kaum.

Malaysiakini
terkini untuk anda