Papua New Guinea dilanda gempa kuat
Diterbitkan: Apr 18, 2010 11:30 AM | Dikemas kini: Apr 18, 2010 11:59 AM
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda wilayah New Guinea Timur, 316 kilometer di utara Port Moresby, Papua New Guinea pada pukul 7.15 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata, gempa bumi pada kedudukan 6.7 selatan dan 147.3 timur itu adalah kira-kira 3,457 kilometer di tenggara Kunak, Sabah.
Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.