Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian peruntukan RM4 juta khusus bagi masyarakat Sikh di seluruh negara.

Peruntukan itu diumumkan Perdana Menteri di majlis sambutan Perayaan Rumah Terbuka Vaisakhi 1Malaysia yang berlangsung di perkarangan Stadium Indera Mulia di Ipoh malam semalam.

Na sikh prayer 040108 01 jib berkata RM2 juta daripada peruntukan itu adalah bagi perlaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaran 118 tempat ibadat atau Gurdwara, RM1 juta lagi untuk program pembelajaran bahasa ibunda golongan muda Sikh dan RM1 juta lagi bagi projek program kebudayaan kaum Sikh.

"Pada 2008 (Perdana Menteri) Tun Abdullah (Ahmad Badawi) luluskan peruntukan RM2 juta kepada pertubuhan bukan kerajaan Sikh untuk pembelajaran bahasa.. malam ini saya teruskan (beri peruntukan)," katanya berucap pada majlis yang dihadiri oleh lebih 30,000 hadirin pelbagai kaum.

NONE Beliau berkata sumbangan masyarakat Sikh sebagai masyarakat minoriti kepada negara sejak sebelum Merdeka lagi adalah amat besar.

    

"Pengorbanan askar Sikh sejak Perang Dunia Kedua dan semasa menentang (pengganas) komunis akan sentiasa terakam dalam tinta emas sejarah negara," katanya.

Perdana Menteri juga berkata penganjuran hari terbuka Vaisakhi yang julung kali diadakan di bawah gagasan 1Malaysia itu sebagai sangat berjaya dengan kehadiran lebih 30,000 hadirin, yang jelas melebihi jangkaan awal penganjur seramai 20,000 orang.

"Bilangan yang hadir adalah di luar jangkaan dan tahniah kepada kerajaan negeri Perak dan Persatuan Pertubuhan-Pertubuhan Sikh Perak sebagai penganjur majlis ini," katanya.

Hadirin yang menikmati pelbagai hidangan tradisional masyarakat Sikh turut disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan pada perayaan itu.

Masyarakat Sikh merayakan hari Vaisakhi pada 13 April untuk memperingati kelahiran Khalsa, hari terpenting kepada masyarakat Sikh seluruh dunia.

Turut serta pada majlis malam ini ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

- Bernama