Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kacau isteri: Anwar gagal batal pembelaan Hamzah
Diterbitkan:  Apr 26, 2010 12:21 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pernyataan pembelaan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin ( bawah, kanan ) dalam kes saman fitnah RM10 juta.

umno pulai 040508  hamzah zainuddin Pesuruhjaya Kehakiman, Prasad Sandosham Abraham ketika menolak permohonan itu, memerintahkan supaya Hamzah selaku defendan membayar kos RM2,500 kerana kelewatannya memfailkan butiran lanjut dalam pernyataan pembelaan yang di luar tempoh masa yang ditetapkan oleh mahkamah.

Prasad juga memutuskan bahawa adalah tidak adil baginya untuk membatalkan pembelaan peringkat interlokutori dan memerintahkan satu perbicaraan penuh kes itu diadakan.

Tiada tarikh ditetapkan lagi untuk perbicaraan kes itu.

Anwar memohon untuk membatalkan pembelaan Hamzah pada November 2009 atas alasan Hamzah telah melengah-lengahkan penyediaan butiran-butiran berkaitan pembelaannya sebagaimana diarahkan Mahkamah Tinggi pada Mei.

Pada 22 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman RM10 juta kerana mendakwa Hamzah  mengucapkan kata-kata fitnah dan menyebabkan penerbitan artikel bertajuk 'Anwar Harrassed My Wife'  dalam akhbar Cina, Kwong Wah Jit Poh .

Plaintif menyatakan, perkataan berkenaan telah diucapkan oleh Hamzah selaku defendan pada 19 Ogos 2008 dalam sebuah ceramah di kawasan parlimen Permatang Pauh.

Anwar mendakwa perkataan itu disiarkan dalam artikel berkenaan, bermakna dan difahami bahawa beliau secara langsung dan atau tidak langsung dan atau oleh innuendo , diberikan sebagai gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang dan atau dalam aktiviti yang sama, ialah seorang yang bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.

anwar lodge police report 210709 02 Beliau berkata, bahawa artikel itu sangat cuai, tidak berhati-hati, tidak bertanggungjawab, dengan sengaja, berniat jahat dan bertujuan merendahkan kehormatannya di mata umum dan mendedahkannya kepada dendam, penghinaan, benci yang amat sangat, hina dan cemuhan.

Anwar berkata, artikel itu menyebabkan fitnah yang sangat serius terhadap beliau dan mengakibatkan beliau malu yang amat sangat dan sengsara.

Beliau memohon RM10 juta sebagai ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Hamzah, dalam pembelaan beliau pada 13 November 2008, berkata perkataan dalam artikel itu adalah wajar.

ADS