Kementerian Kesihatan hari ini menegaskan pemberian insentif kewangan bagi tujuan pemindahan organ tidak dibenarkan sama sekali.

human organ transplant 160307 operation removal of organ Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, tegahan itu juga merangkumi pemberian insentif bagi menggalakkan orang ramai menderma organ.

Pendekatan ini diambil berasaskan beberapa faktor termasuk bercanggah dengan etika amalan perubatan memandangkan aktiviti jual beli organ tidak menepati nilai-nilai kemanusiaan, katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu katanya, larangan juga bagi mengelakkan golongan kurang bernasib baik daripada dieksploitasi.

human organ transplant 160307 transport box "Aktiviti jual beli organ manusia juga bertentangan dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan pertubuhan antarabangsa seperti ”The Transplantation Society” dan ”International Society of Nephrology”.

"Selain itu ia juga bercanggah dengan kenyataan fatwa seperti yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 1970,” kata Dr Mohd Ismail.