Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'IGP mesti letak jawatan atau berdepan demo'
Diterbitkan:  Apr 30, 2010 8:14 PM
Dikemaskini: 12:30 PM

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

pakatan rakyat lodge report against musa hassan 300410 01

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa  berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut.

pakatan rakyat lodge report against musa hassan 300410 03 Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu 'hanya akan menjejaskan keselamatan negara'.

Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan.

[Berita penuh menyusul]

 

 

ADS