Sejak Malaysiakini memperkenalkan kursus wartawan masyarakat dua tahun lalu, laman web berita itu telah membantu memperkasakan lebih daripada 180 rakyat Malaysia sebagai suara komuniti masing-masing.

Hari ini, kumpulan peneraju itu berkumpula kembali dalam Persidangan Kewartawan Masyarakat 2010 di bangunan Annexe di Pasar Budaya Kuala Lumpur.

Persidangan tersebut - bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 3 Mac - adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Dalam program dua hari itu, wartawan masyarakat daripada seluruh negara akan berbincang pelbagai isu melibatkan kewartawan masyarakat, berkongsi hasil kerja dan laporan serta menghadiri bengkel tambahan bagi mempertingkatkan kemahiran yang sedia ada.

Malaysiakini mendapat pandangan beberapa pandangan peserta persidangan itu bagi berhubung cabaran yang dihadapi mereka.

[Baca berita penuh]