Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Asri di Mahkamah Tinggi Syariah 21 Mei ini
Diterbitkan:  May 3, 2010 7:49 PM
Dikemaskini: 11:52 AM

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini membenarkan kes bekas Mufti Perlis,  Mohd Asri Zainul Abidin, yang menghadapi pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah didengar di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wah Muhammad membenarkan kes itu dipindahkan selepas pihak pendakwaan memaklumkan Mahkamah Tinggi dalam keputusannya Rabu lalu telah membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes itu.

NONE Pada 28 April lalu, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mohamad Adib Husain, menetapkan 21 Mei ini untuk mendengar kes itu.

Tarikh itu ditetapkan selepas Mohamad Adib membenarkan permohonan semakan kehakiman daripada Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Halim terhadap keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah sebelum ini yang menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes Asri ke Mahkamah Tinggi.

Pada 18 Nov 2009, Asri, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang antara jam 8.10 malam dan 9.45 malam pada 1 November tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syariah Bahagian Selangor, Zusyarafain Yusof dan Abdul Shukor Abdul Halim, manakala Asri diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman.

- Bernama

ADS