'Malaysiakini dan bukan Nazri hina mahkamah'
Pendakwa kanan Amarjeet Singh hari ini menggesa mahkamah koroner supaya tidak membenarkan permohonan bagi mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menghina mahkamah kerana permohonan yang dibuat tidak lengkap.
Amarjeet berhujah artikel
Malaysiakini
yang memetik Nazri tidak dikemukakan dalam permohonan itu.
"Apa yang ada adalah affidavit oleh Teoh Meng Kee, abang Beng Hock, yang beliau rujuk daripada sebuah artikel yang memetik menteri berkenaan melalui wawancara menerusi telefon.
“Bagaimanapun, ia tidak disokong dengan dikemukakan artikel itu,” katanya.
Menurut Amarjeet sepatutnya Malaysiakini didakwa menghina mahkamah dan bukannya Nazri.
"Ini kerana mereka yang mengeluarkan laporan itu,” katanya pada inkues untuk menentukan punca kematian pegawai politik DAP, Teoh Beng Hock.
Koroner Azmil Muntapha Abas kemudiannya menetapkan 21 Mei ini bagi keputusannya sama ada untuk membenarkan prosiding menghina mahkamah ke atas Nazri.
Isu berkenaan berkisar berhubung kenyataan Nazri yang menuduh pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand sebagai pembohong kerana mendakwa ada tekanan ke atasnya supaya tidak hadir bagi memberi keterangan pada inkues berkenaan.
[Baca berita penuh]

