Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam: Sultan Kelantan masih waras, sedar
Diterbitkan:  May 7, 2010 3:21 PM
Dikemaskini: 12:17 PM

Peguam  Gobind Singh Deo, seorang daripada enam peguam yang memfailkan satu writ habeas corpus hari ini atas penahanan Sultan Kelantan Tuanku Sultan Ismail Petra, menafikan laporan media bahawa baginda dalam keadaan kurang upaya.

sultan kelantan “Setahu kami baginda masih sedar, waras dan mengetahui apa yang berlaku,” kata Gobind.

Ditanya sama ada Pemangku Raja,Tengku Muhammad Faris Petra akan dinamakan sebagai reponden, peguam kanan Raja Aziz Addruze menolaknya dan menuding tanggungjawab itu ke atas kerajaan persekutuan dan polis.

"Bagi kami, Pemangku Raja tidak relevan dalam perkara ini. Pihak yang aktif adalah polis dan kerajaan persekutuan - mereka adalah pihak yang menghalang sultan,” katanya.

NONE Peguam Param Cumaraswamy, yang juga hadir pada sidang media itu berkata kerajaan persekutuan perlu menjawab banyak soalan.

Ditanya mengapa kerajaan persekutuan menahan sultan di Hospital Universiti Sains Malaysia in Kota Bahru, Gobind berkata, "Itu, anda perlu bertanya kepada mereka.”

[Baca berita penuh]

ADS