Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kereta ketua polis S'gor yang dicuri dijumpai
Diterbitkan:  May 8, 2010 10:46 AM
Dikemaskini: 7:59 AM

Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang hilang dua hari lalu berjaya dijumpai semula hari ini.

NONE Kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui di tepi jalan Prima Damansara, Sungai Buloh pada jam  8.45 pagi oleh anggota polis ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Sebuah nota ditinggalkan di atas dashboard kertea yang berbunyi: " Sorry PDRM tersilap sapu."

Kereta itu dan kandungannya, termasuk beberapa topi polis berada dalam keadaan yang sama sebelum dicuri.

Menurut timbalan pengarah, jabatan siasatan jenayah Selangor, Asst Comm Khaw Kok Chin, polis masih menyiasat sama ada sindiket mencuri kereta terbabit dengan kehilangan itu.

Ketua Po khalid abu bakar selangor cpo bukit antarabangsa pc 201208 03 lis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin ketika dihubungi Bernama berkata kereta itu kelihatan ditinggalkan dalam keadaan baik, malah nombor pletnya pun tidak diubah.

Menurutnya kereta itu akan dibawa kembali ke Shah Alam.

Pada 6 Mei lalu, kereta rasmi Khalid ( kanan ) dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta di Seksyen 9, Shah Alam.

Ketika kejadian, pemandunya yang membawa kereta berkenaan sedang bersarapan di sebuah restoran manakala Khalid pula tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.

[Baca berita penuh]

ADS