Piala Thomas: Pasukan Nigeria masih belum tiba
Lawan Malaysia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Thomas esok, Nigeria masih dalam perjalanan ke Kuala Lumpur berikutan masalah penerbangan.
Pengurus Acara Persekutuan Badminton Dunia (BWF) M Venugopal berkata pasukan Nigeria dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 3 petang esok, kira-kira tiga jam sebelum pertemuan mereka dengan Malaysia.
" Mengikut peraturan BWF, sesebuah pasukan itu mesti tiba sekurang-kurangnya 48 jam sebelum pertandingan bermula. Jika Nigeria gagal tiba (pada masanya), Malaysia akan diberikan kemenangan 3-0.
" Bagaimanapun sewaktu mesyuarat pengurus pasukan hari ini, Malaysia menyatakan mereka tiada masalah dengan kelewatan itu. Jadi perlawanan antara Malaysia dan Nigeria masih akan diteruskan walaupun Nigeria hanya dapat tiba di Stadium Putra, satu jam sebelum perlawanan," katanya kepada pemberita hari ini.
Venugopal berkata Nigeria menghadapi masalah penerbangan selepas satu daripada penerbangan dari ibu negara itu, Abuja dibatalkan.
" Dengan transit selama lapan jam di Dubai, pasukan Nigeria kini dijangka tiba di Kuala Lumpur selewat-lewatnya pukul 3 petang...iaitu tiga jam sebelum mereka bertemu Malaysia dalam perlawanan pembukaan mereka," katanya.
Perlawanan kedua Nigeria adalah bertemu Jepun pada Isnin.
JADUAL
Berikut jadual perlawanan kejohanan badminton Piala Thomas, Uber
Berikut ialah jadual perlawanan bagi peringkat kumpulan Piala Thomas dan Piala Uber di Stadium Putra, Kuala Lumpur yang bermula esok:
PIALA THOMAS:
(9 Mei)
Kumpulan D - Indonesia lwn Australia - 12 tgh
Kumpulan A - China lwn Peru - 12 tgh
Kumpulan B - MALAYSIA lwn Nigeria - 6 ptg
Kumpulan C - Denmark lwn Poland - 6 ptg
(10 Mei)
Kumpulan D - India lwn Indonesia - 12 tgh
Kumpulan A - Korea Selatan lwn Peru - 12 tgh
Kumpulan C - Jerman lwn Poland - 6 ptg
Kumpulan B - Jepun lwn Nigeria - 6 ptg
(11 Mei)
Kumpulan A - China lwn Korea Selatan - 12 tgh
Kumpulan D - Indonesia lwn Australia - 12 tgh
Kumpulan B - MALAYSIA lwn Jepun - 6 ptg
Kumpulan C - Denmark lwn Jerman - 6 ptg
PIALA UBER:
(9 Mei)
Kumpulan B - Indonesia lwn Australia - 12 tgh
Kumpulan C - Jepun lwn Jerman - 12 tgh
Kumpulan A - China lwn Amerika Syarikat - 6 ptg
Kumpulan D - Korea Selatan lwn Afrika Selatan - 6 ptg
(10 Mei)
Kumpulan B - Denmark lwn Australia - 12 tgh
Kumpulan C - Russia lwn Jerman - 12 tgh
Kumpulan A - MALAYSIA lwn Amerika Syarikat - 6 ptg
Kumpulan D - India lwn Afrika Selatan - 6 ptg
(11 Mei)
Kumpulan B - Indonesia lwn Denmark - 12 tgh
Kumpulan C - Jepun lwn Russia - 12 tgh
Kumpulan A - China lwn MALAYSIA - 6 ptg
Kumpulan D - Korea Selatan lwn India - 6 ptg
Nota: Selepas perlawanan peringkat kumpulan, undian baru akan diadakan untuk saingan peringkat suku akhir.

