Apakah Malaysia benar-benar layak untuk dilantik semula bagi menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland, bagi kali kedua?

Bagi 40 ang NONE gota pertubuhan kerajaan (NGO) yang mengelarkan diri mereka sebagai Majlis Hak Asasai Manusia Berkesan, jawapannya adalah ‘tidak’.

Malah, mereka telah mengutuskan sepucuk surat kepada badan dunia itu bagi melahirkan kebimbangan mengenai tindak tanduk Malaysia yang mencabuli hak asasi.

Gabungan itu mendakwa mereka mewakili NGO dari setiap rantau di dunia.

Mereka mendakwa Malaysia gagal memberi kerjasama sepenuhnya kepada Majlis Hak Asasai Manusia di Geneva dengan tidak membenarkan pakar-pakar berkecuali melawat negara ini berhunbung beberapa isu.

Mereka orang asli protest in putrajaya 170310 termasuk perwakilan kumpulan pejuang hak asasi manusia (permohonan dibuat pada 2002); kumpulan orang Asal (20050; kumpulan pejuang kebebasan beragama (2006); pendatang asing (2006); pejuang menentang keganasan (2005); pejuang penentang perkauman (2008); pejuang untuk peguam dan hakim yang berkecuali dan bebas (2009); dan pejuang untuk isu kaum minoriti (2007, 2009).

"Kami ingin melihat kerajaan anda mempertimbangkan perkara yang dibangkitkan itu sebelum membuat pengundian,” kata surat itu yang bertarikh 5 Mei dan dialamatkan kepada negara-negara Perhimpunan Agung PBB.

"Kami berharap anda akan mendapatkan komitmen khusus berhubung rekod Malaysia dan kekurangan usaha mereka dalam menangani mekanisma hak asasi manusia sebelum melantik Malaysia ke majlis itu,” menurut surat itu.

hulu selangor by-election voting day 250410 police "Kami berharap anda akan memujuk Malaysia mengambil pendekatan yang bersesuaian apabila anda berjumpa dengan para diplomat ataupun perwakilan mereka,” kata surat itu.

Malaysia berhasrat menyertai semula majlis itu dan telah menawarkan diri bagi mengisi salah satu daripada empat kerusi yang dikhaskan untuk negara-negara Asia bagi penggal 2010-2013. Pengundian akan berlangsung hari ini.

Negara-negara Asia yang juga berminat dan menawarkan diri mereka adalah Iran, Maldives, Qatar dan Thailand.

Iran menarik diri pada 23 April lalu apabila negara itu menghadapi tekanan antrabangsa berhubung rekod buruk hak asasi manusianya daripada mengalami kekalahan semasa mengundi.

Jika berjaya Malaysia akan menduduki Majlis Hak Asasi Manusia yang mempunyai 47 ahli buat kali kedua. Kali terakhir mereka menduduki majlis itu adalah untuk penggal  2006 to 2009.

[Baca berita penuh]