KDNK suku pertama 2010 sebanyak 10.1 peratus
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar negara pada suku pertama 2010 dicatatkan pada 10.1 peratus iaitu jauh lebih baik daripada 4.4 peratus pada suku keempat tahun lalu.
Menurut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada sidang media di Putrajaya, kadar itu adalah yang tertinggi sejak tahun 2000.
Najib berkata unjuran pencapaian KDNK tahun ini dikaji semula kepada 6.0 peratus daripada 4.5 peratus hingga 5.5 peratus sebelum ini.
Beliau berkata pencapaian suku pertama itu adalah yang tertinggi sejak KDNK suku pertama yang pernah dicapai pada 2000 iaitu 11.7 peratus.
Ia dicapai dengan permintaan domestik dan perkembangan ekonomi dunia yang lebih baik.
Katanya pertumbuhan yang memberangsangkan itu disokong pengukuhan permintaan domestik serta sejajar dengan pemulihan ekonomi dunia.
Pertumbuhan yang positif juga dapat dilihat di kalangan negara serantau dan pesat membangun seperti China (11.9 peratus), Korea Selatan (7.8 peratus) dan Indonesia (5.7 peratus).
[Berita penuh menyusul]

