Institusi kehakiman syariah negara akan dinaik taraf bagi memenuhi keperluan menyelesaikan lambakan kes syariah, khususnya kes yang memerlukan rayuan di mahkamah yang lebih tinggi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

NONE Beliau berkata, kertas kerja bagi naik taraf institusi kehakiman syariah mencadangkan diwujudkan lima peringkat dalam institusi itu.

Katanya, antara yang dicadangkan ialah diwujudkan Majlis Rayuan Syariah, Mahkamah Tengah Syariah manakala kedudukan Mahkamah Tinggi Syariah dinaik taraf.

"Ada yang cadang empat (peringkat), ada yang cadang lima, tapi kita akan tengok yang terbaik supaya ia lebih bersifat jangka panjang penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil kali ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini.

Jamil Khir berkata, kertas kerja berhubung cadangan itu akan dibahas dan dibincangkan pada persidangan hari ini oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan resolusinya akan dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.

Mengenai cadangan diwujudkan Akta Halal, Jamil Khir berkata pindaan akan dibuat terhadap Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 bagi menyelesaikan permasalahan isu halal termasuk daripada segi penguatkuasaan.

"Kal NONE au kita nak wujudkan Akta Halal secara persendirian, ia terpaksa melalui jalan yang begitu panjang...terpaksa ambil kira kakitangan baru, perjawatan khas dan terpaksa ambil masa yang panjang (untuk dikuatkuasakan)," katanya.

Selain itu, katanya, isu halal turut terletak dalam bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

- Bernama