mk-logo
Berita
Selcat adakan pendengaran awam kes KSSB
Diterbitkan:  May 18, 2010 6:14 AM
Dikemaskini: 8:54 AM

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan mengadakan pendengaran awam terhadap tuduhan penyelewengan dalam anak syarikat kerajaan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), yang mengendalikan perlombongan pasir di negeri itu.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Isnin lalu.

NONE Menurut kenyataan pejabat Speaker Selangor, Teng Chang Khim, pendengaran awam itu  akan diadakan di Bilikan Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor pada 2, 3 dan 4 Jun depan, dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari.

'Semua pihak yang terlibat secara langsung akan disaman hadir untuk memberi keterangan kepada SELCAT.

'SELCAT berharap semua pihak memberi kerjasama sepenuh dalam pendengaran awam tersebut dengan membentangkan dokumen-dokumen berkaitan untuk melicinkan lagi siasatan melalui pendengaran awam tersebut," kata kenyataan tersebut.

NONE Mesyuarat SELCAT semalam dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa SELCAT yang dipengerusikan oleh Chang Khim yang juga pengerusi SELCAT.

Ahli Jawatankuasa SELCAT yang lain ialah Hanizah Talha, Azmin Ali, Saari Sungip, Edward Lee - semuanya dari Pakatan Rakyat - dan dua wakil rakyat dari BN - Ismail Sani dan Sulaiman Abdul Razak.

Pada 12 Mei lalu, Manikavasagam membuat laporan polis yang mengandungi tiga pegawai kanan KSSB yang didakwa terbabit dalam operasi pelombongan pasir secara haram.

Dalam laporan polisnya, ahli parlimen Kapar itu mendakwa, antara lain mereka bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 juta kerana salahurus dan mendakwa mereka mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram.

 

 

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini