Mesyuarat Majlis Presiden MCA hari ini mencadangkan dua naib presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai ( bawah, kanan ) dan Gan Ping Sieu ( bawah, kiri ) dilantik sebagai Senator.

donald lim Menurut mca youth police report 270508 gan ping shou Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kedua-dua pemimpin itu akan menggantikan Datuk Wong Foon Meng yang tamat tempohnya sebagai ahli Dewan Negara dan bekas Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang meletakkan jawatan.

"MCA akan menyerahkan nama Donald Lim dan Gan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam masa terdekat," kata Chua pada sidang medianya di Wisma MCA, Kuala Lumpur.