Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

MP Shah Alam cabar Ezam bertanding kerusinya

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mencabar bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Noor untuk bertanding di kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

NONE Khalid pada sidang medianya hari ini mengambil kesempatan untuk mencabar Ezam, yang baru-baru ini dilantik sebagai senator Dewan Negara.

Cabaran ini disuarakan wakil PAS itu dalam keadaan Pakatan Rakyat yang pada ketika ini lebih terkedepan dalam mengeksploitasi isu semasa -- khususnya isu pemberian lesen judi sukan.

"Saya juga ucapkan tahniah kepada beliau (atas perlantikan senator).

"Mungkin ini imbuhan atas khidmat dia, yang ditawarkan oleh Umno dan BN.

"(Namun) sebagai seorang yang menganggap dirinya sebagai pejuang, semestinya tidak berpuas hati memasuki Dewan Negara melalui pintu belakang," kata Khalid dengan sinis.

Ezam bukit gantang by election umno ezam ceramah 300309 02 pernah bertanding melawan calon Umno di kerusi Shah Alam pada 1999 semasa masih bersama PKR tetapi tewas.

Menurut Khalid, Ezam yang dulunya seorang penyokong kuat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tunduk kepada tekanan Umno.

"Sekarang dia bawa hujah kata Anwar memang seorang yang lakukan perkara terkutuk itu," katanya dengan merujuk kepada dakwaan liwat yang dihadapi Anwar.

Khalid juga berkata, pusingan 180 darjah yang dilakukan Ezam juga menunjukkan kuasa tekanan Umno terhadap bekas pemimpin PKR itu.

Maka, Ezam perlu membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan rakyat, kata Khalid lagi.

"Sejauh mana pendirian rakyat terhadap beliau perlu dibuktikan," katanya dalam satu sidang media hari ini

"Sejauh mana penerimaan rakyat terhadap sikap dan pendirian beliau perlu dibuktikan dan saya sedar bahawa Umno Shah Alam ketandusan kepimpinan.

"Saya yakin dia akan beri tentangan yang lebih daripada pemimpin Umno sedia ada," tambahnya.

VIDEO | 3.36 min