Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin hari ini menyatakan ikrar untuk membersihkan parti itu daripada "para pengkhianat."

shamsul amk kota bharu Tanpa menamakan "pengkhianat" tersebut, Shamsul Iskandar juga menyifatkan golongan tersebut sebagai "pelacur politik."

"Kita akan terajang pelacur-pelacur politik ini," katanya ketika berucap di pembukaan kongres sayap pemuda parti itu Kota Bharu malam ini.

Beliau dalam pada itu juga menyeru para perwakilan supaya meneliti perbahasan yang akan berlangsung.

Ini kerana, beliau akan membuat satu pendedahan penting berhubung kegiatan seorang lulusan universiti antarabangsa.

Katanya lagi, individu tersebut juga mempunyai hubungan rapat dengan seorang kenamaan.

Dalam sidang media selepas itu, Shamsul berkata individu lelaki tersebut, pernah dilaporkan akhbar New York Times sebelum ini.

Ditanya lagi siapakah individu yang dimaksudkan itu, beliau berkata perkara itu hanya akan didedahkannya esok.

pkr amk agm in kota bharu Jelasnya, beliau membuat pendedahan itu bagi menunjukkan bahawa golongan bijak pandai juga tidak terkecuali daripada melakukan kegiatan seperti menipu.

Tambahnya, pendedahan itu juga bagi menjelaskan pendirian parti itu dalam meletakkan calon dalam pilihan raya selepas ini.

"Kadang-kadang kepandaian tidak jamin (seseorang itu) jadi pemimpin yang baik (apabila) ia digunakan untuk menipu," katanya.