Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Berjaya Corporation mengesahkan bahawa satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan diadakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pengumuman hasratnya untuk mengambil alih Ascot Sports.

NONE "Satu pekeliling akan dihantar kepada pemegang saham  mengenai tarikh EGM itu akan diadakan, bersama dengan  terma dan syarat lesen pertaruhan sukan itu," kata jurucakapnya yang mengesahkan perkara itu.

Menurut Akta Syarikat, para pengarah boleh memanggil EGM  pada bila-bila masa, tetapi ia mesti diadakan dalam tempoh 21  hari dari tarikh EGM dipanggil.

Pada masa yang sama, pemegang saham tidak kurang daripada 10 peratus daripada modal syarikat, juga boleh memanggil  EGM.

BCorp, dalam satu kenyataan bertarikh 12 Mei lalu, yang  memaklumkan kepada Bursa Malaysia hasratnya untuk  mengambil alih Ascot Sports, mengatakan bahawa perjanjian  jual beli (SPA) akan disediakan untuk diteliti di pejabat  syarikat itu di Berjaya Times Square.

Namun, Malaysiakini tidak diberikan akses kepada SPA.  Jurucakap Berjaya, yang enggan disebutkan namanya, berkata  perjanjian tersebut hanya boleh diteliti oleh pegawai Bursa dan bukan untuk tatapan umum.

[Baca berita penuh]

ADS