Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shafie: Orang Asli mahu JHEOA dikekalkan
Diterbitkan:  Jun 16, 2010 1:22 PM
Dikemaskini: 5:28 AM

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) masih relevan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Orang Asli, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

shafie apdal and mps no defection pc 280808 04 Katanya dakwaan atau tanggapan negatif daripada sesetengah pihak bahawa JHEOA gagal dalam menunaikan tanggungjawabnya adalah tidak berasas sama sekali.

"Mengikut penelitian kementerian, pandangan tersebut hanya diwakili oleh golongan tertentu dan mempunyai agenda tersendiri," katanya menjawab soalan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata berdasarkan sesi perjumpaan, dialog, bengkel, seminar dan persidangan yang diadakan sama ada oleh pihak jabatan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili Orang Asli, ternyata golongan itu mahu jabatan ini dikekalkan malah dimantapkan lagi sebagai agensi yang memberi perlindungan, kebajikan, pembangunan dan kesejahteraan kepada masyarakat Orang Asli.

"Pada hakikatnya, pembangunan masyarakat Orang Asli telah dipertanggungjawabkan oleh pihak kerajaan kepada sebuah agensi kerajaan iaitu JHEOA sejak pembukaannya pada tahun 1954 seperti mana termaktub dalam Akta Orang Asli (Akta 134)," katanya.

        

Beliau berkata orang asli protest in putrajaya 170310 penubuhan Majlis Penasihat Kebangsaan Masyarakat Orang Asli (MPKMOA) sejak tahun 2001 contohnya telah membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan perwakilan masyarakat Orang Asli membuat proses keputusan.

"Majlis ini berperanan menilai, menganalisis dan menasihati pihak kerajaan dalam semua program dan aktiviti yang dijalankan. Perwakilan masyarakat Orang Asli seramai enam orang iaitu Batin, Cendiakawan Orang Asli, Orang Asli Berjaya, NGO's Orang Asli telah dilantik sebagai anggota MPKMOA," katanya.

Mohd Shafie berkata selain itu, penyertaan masyarakat Orang Asli turut dilibatkan dalam proses pemantauan projek-projek pembangunan kerajaan melalui penubuhan sebuah jawatankuasa khas Tumpuan Kumpulan Orang Asli.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS