Wanita Umno menyasarkan untuk mendaptkan sekurang-kurangnya 300,000 anggota baru untuk Umno menjelang akhir tahun ini.

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim berkata sasaran itu adalah berdasarkan gerakan turun padang secara menyeluruh yang sedang dilakukan oleh pergerakan itu di seluruh negara ketika ini.

umno 2007 wanita 071107 kamilia ibrahim "Sehingga ini, keahlian Umno adalah melebihi tiga juta ahli, dan 1.2 juta daripadanya adalah ahli pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan dan Program Juara Rakyat anjuran Umno Bahagian Temerloh hari ini.

Kamilia ( kiri ) berkata gerakan pendaftaran itu diadakan dengan tumpuan utamanya kepada wanita atas pagar.

"Penerangan mengenai ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan dan masalah jenayah turut diadakan semasa pendaftaran itu, sebagai satu usaha tanggungjawab sosial Wanita Umno," katanya.

--Bernama