Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mesyuarat BN S'wak bincang empat tugas berat
Diterbitkan:  Jun 24, 2010 3:20 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Mesyuarat BN Sarawak - yang dijadual hujung ini di Kuching - dilaporkan akan membincangkan empat tugas berat ekoran keputusan harus dibuat sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri lebih awal.

NONE "Tugas-tugas tersebut ialah untuk mempertimbangkan empat tema utama bagi pilihan raya negeri yang akan datang," kata seorang ahli  strategi Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) malam semalam.

Yang pertama ialah untuk menyusun strategi mengenai tema yang Sarawak perlukan dan "bukan yang diimport dari Semenanjung Malaysia".

george chan lim kit siang 03 Menurut ahli strategi tersebut, ini ekoran peningkatan persepsi bahawa pengundi Cina misalnya - jika diberi pilihan antara Tan Sri George Chan ( kiri ) dan Lim Kit Siang ( kanan ) -  akan memilih Lim yang merupakan pemimpin veteran DAP.

DAP telah berjaya menembusi Sarawak. Malah nama pengerusi DAP, Karpal Singh, kini turut menjadi bahan perbualan di kalangan masyarakat Cina Sarawak.

NONE Manakala Chan pula kini berdepan dengan dakwaan terlalu lama memimpin Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) walaupun beliau telah berjanji untuk berundur pada akhir 2008. Anak perempuannya berkahwin dengan anak lelaki Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Chan juga memberitahu ahli parti itu - selaras dengan tema BN negeri - bahawa "pembangkang sedang berusaha untuk menghancurkan parti-parti BN dan mencetuskan kekacauan di negeri itu".  

Dan ini dilihat sebagai alasan bagi beliau untuk terus memimpin parti itu, dan mengelak daripada memenuhi janjinya untuk melepaskan jawatan parti. Beliau telah berikrar "untuk melenyapkan pembangkang" di Sarawak.

"Rakyat Sarawak tidak perlukan perubahan dan pembaharuan seperti yang dicadangkan oleh pembangkang," kata ahli parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat telah menikmati perubahan dan pembangunan negara di bawah pemerintahan BN."

[Baca berita penuh]

ADS