Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gigit polis: Tian Chua failkan rayuan
Diterbitkan:  Jun 29, 2010 1:40 PM
Dikemaskini: 12:00 PM

Ahli parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua mengemukakan permohonan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Rayuan di Putrajaya petang ini.

NONE Perkara itu disahkan oleh seorang daripada peguamnya, Ranjit Singh ketika dihubungi. Beliau mempunyai sehingga 1 Julai untuk membuat permohonan itu.

Tian Chua, yang tidak pasti tentang statusnya sebagai wakil rakyat, memfailkan permohonannya supaya Mahkamah Rayuan membenarkan beliau merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Jun lalu  yang mendendanya RM2,000 kerana mencederakan seorang anggota polis.

Tian Chua perlu berbuat demikian kerana kesnya berasal dari Mahkamah Majistret.

Dalam permohonan beliau, Tian Chua, 47, juga memohon agar dia diberi tempoh lanjutan selama 14 hari untuk memfailkan dan mengemukakan notis rayuan.

Dalam afidavitnya, Tian Chua berkata, beliau wajar diberi kebenaran membuat rayuan kerana terdapat 13 persoalan undang-undang yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah.

Antara persoalan itu ialah sama ada denda RM2,000 yang dikenakan itu menghilangkan kelayakannya sebagai Ahli Parlimen mengikut Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan.

Hakim bersih parliament police blockade memo 111207 tian chua hauled Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha mengenakan denda RM2,000 terhadap wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selepas mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua sebelum itu kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, di jalan menghala ke bangunan Parlimen pada 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Persoalan masih belum terjawab sama ada denda RM2,000 itu menyebabkan pengarah strategik PKR itu hilang kerusinya kerana hakim Ghazali enggan mengkaji semula keputusannya.

Kontroversi timbul berikutan tafsiran Artikel  48, Perlembagaan Persekutuan berhubung istilah denda tidak kurang RM2,000 dan penjara tidak kurang setahun.

Peguam yang mewakili Tian Chua berhujah berdasarkan keputusan Mahkamah Agung pada 1993, tafsiran itu membawa maksud RM2001.

Bagaimanapun peguam kanan Karpal Singh, bersama bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Ahmad berpendapat tafsiran itu membawa maksud RM2,000.

ADS