Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendengar penghujahan tiga defendan yang mahu mengenetepikan permohonan suri rumah S Banggarma bagi mendapatkan perintah mahkamah bagi menidakkan pengislamannya ketika berumur tujuh tahun.

banggarma convertion suit 231209 Peguamnya Gooi Hsia Leung berkata defenden berkenaan berhujah bahawa perkara berkenaan sepatunya didengar di Mahkamah Syariah kerana mahkamah sivil tiada bidang kuasa berhubung kes melibatkan pengislaman seorang individu.

"Tetapi kami, plaintif, berkata perkara ini bukanlah kes murtad," kata Gooi selepas menghadiri pendengaran empat jam hari ini.

"Apa yang kita boleh katakan, pengislaman Banggarman tidak sah. Ini masalah sivil kerana melibatkan pertukaran agama yang tidak berperlembagaan dan tidak mengikut undang-undang," katanya.

Defenden-defendan - bekas perdana menteri dan Pengerusi Perkim Tun Dr Mahathir Mohamad, pegawainya Raimi Abdullah dan majlis agama Islam negeri - diwakili Matthias Chang, Zubaidah Tun Muda dan Abu Bakar Mohamad Sidik

[Baca berita penuh]